Friday, 19 August 2011

BILAKAH MANUSIA BERHENTI MEMBESAR?

Manusia yang berusia 15 hingga 25 tahun akan berhenti membesar apabila tulang-tulangnya berhenti membesar.
Tulang mengandungi tisu hidup yang terdiri daripada sel khusus yang merembeskan bahan yang kaya dengan garam dan keras seperti batu marmar.
Pembentukan tulang iaitu osifikasi merupakan proses kompleks yang biasanya bermula di rawan,
Tulang kanak-kanak biasanya terbentuk dari tengah-tengah rawan dan merebak serta menjadikannya tulang kecuali pada hujungnya.Dari sinilah tulang itu membesar secara memanjang.
Apabila tempoh membesar telah tamat,penghujung tulang akan mencantumkan syaf utama tulang tersebut.

No comments:

Post a Comment