Tuesday, 23 August 2011

NASI..NASI..OOOH NASI..

NASI BERIANI

1kg.beras Basmathi(dibasuh dan ditos airnya)
2sudu rempah beriani/1inci halia/5ulas bawang putih/2biji bawang besar(penumis)
3tangkai daun pudina/3sudu marjerin/3sudu minyak sapi/1caw.susu cair/air secukupnya untuk memasak nasi.
Bahan penumis(bunga cengkuh,kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga)

CARA:

Tumis rempah beriani bersama penumis dan bahan penumis.
Biar hingga wangi.Kemudian masukkan air,suusu cair dan beras kedalam periuk.
Masak nasi hingga masak.Sedia untuk dihidangkan.



              NASI MINYAK


1kg beras Basmati dibasuh dan tos airnya.
4sudu minyak sapi./6sudu marjerin
2biji bawang besar/1inci halia/2ulas bawang putih(dihiris)
3tangkai daun sup/3tangkai daun bawang/1/2 tin susu cair
air secukupnya.
Bahan penumis(kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga)

CARA:

Tumis bahan yang dihiris sehingga garing berama marjerin,minyak sapi,kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang.
Kemudian masukkan susu cair,air dan beras.
Biarkan hingga masak.Setelah itu taburkan sedikit gajus,kismis dan bawang goreng.

            NASI HUJAN PANAS.

      500gm beras Basmathi/5sudu makan minyak sapi/200ml susu cair
      50gmkismis/air secukupnya/sedikit pewarna kuning,merah dan hijau

      BAHAN UNUTK MENUMIS:
      6kuntum bunga cengkih/5kuntum bunga lawang/4cm kulit kayu manis
      8biji buah pelaga/2helai daun pandan.
   
BAHAN UNTUK DIGILING:

5ulas bawang putih/8ulas bawang merah/3cm halia

CARA:
Panaskan minyak sapi kemudian tumis bahan menumis bersama bahan giling hingga wangi.
Masukkan susu cair dan iar secukupnya.
Apabila mendidih,masukkan beras dan biar sampai nasi kering.
Kemudian percikkan sedikit pewarna merah,hijau dan kuning keatas nasi tersebut,biarkan seketika.
Biarkan diatas api yang sederhana dan kacau perlahanlahan sehingga nasi masak.
Setelah masak,hidangkan didalam mangkuk dan taburkan sedikit gajus serta kismis diatasnya.
   

Sunday, 21 August 2011

ANEKA JENIS MI

Sudah makin nak menghampiri hariraya..hariini teringin le pulak nak mencuba resepi aneka jenis mi,manalah tau buat idea juadah dihariraya nanti.
MI UDANG

1kg.mi/1-1/2kg udang-
10 tangkai cili kering/2 biji bawang besar/2 ulas bawang putih/sedikit belacan(dikisar)
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato/2 sudu sos tomato/1/2 sudu gula pasir

BAHAN SAMPINGAN:
4 btg sawi-1/2 kg taugeh(dicelur)
2 pokok daun bawang/2 tangkai daun sup/2 keping tauhu(goreng potong 4)
5 biji cili merah/5 biji limau kasturi/sedikit bawang goreng

CARA:
Rebus udang terlebh dahulu,kemudian tos airnya dan asingkan ketepi.
Ambil kepala udang dan kisar.guna air kepala udang untuk disatukan dengan airrebusan yang sedia ada.
Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar.
Masukkan air rebusan udang yg disimpan tadi.-Masukkan sos cili,sos tomato,garam,gula dan serbuk perasa.
Masukkan mi,taugeh,bawang goreng,hirisan tauhu dan daun sup kedalam mangkuk.Tuangkan kuah tersebut kedalam mangkuk tadi..selesai...


MI BANDUNG
500gm mi kuning dicelur/30gm daging-dipotong kecil
300gm daging ayam/300gm udang/200gm taugeh/garam/minyakmasak
2sudu besar cili kisar
3ulas bawang putih/5ulas bawang merah(dikisar)
1mangkuk stok ayam/4sudu besar sos tomato/4sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)/2sudu besar sos cili/1sudu besar sos tiram

BAHAN SAMPINGAN:
1biji limau kasturi/1 biji telur
sawi,cilimerah,daun sup,daun bawang (dihiris)

Panaskan minyak masak dalam periuk.Tumiskan bawang putih,bawang merah dan cili kisar sehingga garing.
Masukkan stok ayam.Biarkan hingga mendidih.Kemudian masukkan sos tomato,sos cili,sos tiram dan garam.
Masukkan kacang tanah,udang,ayam,sawi dan telur sehingga masak.
Masukkan mi dan taugeh kedalam mangkuk dan tuangkan kuahnya.
Letakkan cili merah,limau kasturi dan daun bawang.Sedia utk dihidangkan...


MI GORENG MAMAK.

500gm mi kuning/2sudu besar isi ayam dipotong kecil
1/2 biji bawang besar-2ulas bawang putih(dikisar)
1biji telur ayam/1sudu besar cili boh/1sudu besar sos tomato/3sudu besar kicap pekat manis/2sudu besar air/2tangkai sawi/3sudu besar minyak masak.

CARA:

Panaskan minyak masak dan goreng isi ayam hingga garing dan keluarkan.
Tumis bahan yang dikisar.Masukkan cili boh,sos tomato,kicap manis dan air.Kacau rata.
Masukkan mi kuning,isi ayam dan sayur sawi.
Kacau hingga sebati.
Akhir sekali masukkan telur ayam dan biarkan hingga agak kering.Siap untuk dihidangkan..


MI REBUS UTARA

1kg.mi/200gm taugeh(dicelur)/1batang daun sup/1batang daun bawang/2biji tauhu digoreng dan dipotong nipis/200gm paru dipotong nipis
telur(direbus)/keropok udang.

BAHAN UNTUK MEMBUAT KUAH:

Ubi kentang dan ubi keledek(direbus dan di lenyek).
Bawang merah dan bawang putih dikisar
3 cawan air/2sudu serbuk cili/garam secukup rasa.

CARA:
Panaskan minyak,tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga garing.
Masukkan serbuk cili.
Masukkan air,ubi keledek,ubi kentang dan garam.
Masukkan mi,taugeh.tauhu,paru,telur,keropokudang dan daun supkedalam mangkuk dan tuang kuah.
Sedia untuk dihidangkan.




MAKARONI GORENG.

1bungkus makaroni/2biji bawang hijau besar(dipotong dadu)
6ulas bawang putih(cincang halus)/10biji cili merah(dikisar)/1sudu sos tomato/1/2 kiub pati ikan bilis/300gm udang/3biji tomato(dibelah empat)
100gm brokoli dicelur/150gm mentega dan garam.

CARA:
Panaskan minyakmasak dan letakkan mentega.
Masukkan bawang putih,kacau hingga naik baunya dan masukkan bawang besar.
Masukkan cili kisar,sos tomato,kiub pati ikan bilis dan garam.
Kacau rata.Kemudian masukkan udang dan tomato.
Masukkan makaroni dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan brokoliSedia untuk dimakan.



                     BAKSO


1kg mi kuning.
250gm isi ayam/2ulas bawang putih(dikisar)
1biji putih telur/1bstang daun bawang dan 2batang lobak merah(dihiris)
2sudu marjerin/1.5liter air/sedikit tempung jagung/garam,gula,serbuk lada putih/1sudu kicap masin.

CARA:

Isi ayam dikisar bersama bawang putih sehingga hancur.
Gaul isi ayam yang dikisar dengan lada putih,garam,gula dan tepung jagung.
Masukkan putih telur.Gaul rata dan bentukkan menjadi bulat.Ketepikan.
Panaskan marjerindan tumis bawang putih.
Tuangkan air.Bila mendidih.masukkan lobak merah dan kacau hingga empuk.
Masukkan bebola ayam.Apabila timbul,tambah garam,gula,lada sulah dan kicap.Sajikan dengan daun bawang.






Friday, 19 August 2011

PEMBANTU RUMAH

Itu baru meludah.Ada lagi kes pembantu kantin basahkan seluar dalamnya dan diperah kedalam makanan dan miniman sehingga sesiapa yang makan atau minum tak menoleh keorang lain lagi...termasuk suami kita sendiri..
Jadi berhati-hatilah bukan semua yang berlagak baik itu baik dan bukan semua yang perwatakan kasar itu jahat.
Biasanya mereka  yang berpura-pura itu akan menunjukkan sikap yang sangat baik dalam sebulan dua untuk menawan hati kita dan selepas itu siaplah kita untuk diperbodohkannya..
Kadang-kadang yang perwatakannya kasar itu sangat baik budi daripada yang nampak alim bertudung siap masa datang bawa quran lagi..
pada yang masih mempunyai ibu jagailah hati ibu biar bagaimana buruk dan bagaimana sakit hati pun kita pada ibu kita kerana tanpa dia kita tak ada didunia ini..tanpa dia yang bersusah payah menjaga kita masa kita kecil sehinggalah kita dewasa dan mulai mengenal dunia tapi tiba-tiba bila ada pekara yang tidak serasi dengan kita kita terus membenci ibu kita,kita terus membuang ibu kita dari senarai nama yang kita senangi...

KEK LAPIS


 Hai kek lapis,agak-agak terlepas ka kes mentega yang tak halal tu..Rasa macam takut la pulak tapi dah order banyaklah pulak untuk raya ni...
Kalau betul ada terlibat kenalah kensel saja..
Kesianler pulak peninaga-peniaga kek lapis yang terbuat mentega tu..


ANEKA JENIS KERABU

 hai dah nak tengaharini apalah nak masak arini..pening kepala ..cubalah tengok gambar aneka kerabu ni macam berseleralah jugak

Ada kerabu mangga,ada kerabu jantung pisang,ada kerabu kacangpanjang campur taugeh dan ada jugak kerabu sotong..
Tinggal pilihje nak buat kerabu apa..




AMALAN KEBERSIHAN CEGAH KERACUNAN MAKANAN


  •  

Pernahkah anda berasa loya kemudian muntah-muntah selepas makan atau minum?Biasanya keadaan seperti iniberlaku apabila anda makan atau minum dikedai.
Simptom ini menunjukkan anda mungkin mengalami keracunan makanan.
Antara simptom yang berlaku ialah perut memulas  dan sakit,cirit birit,kadangkala demam dan kesejukan.
Makanan boleh tercemar apabila:

  • Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti sesetengah jenis kulat,cendawan,makanan laut.
  • Tercemar oleh kuman yang merbahaya dan bahan kimia.
  • Lalat dan habuk.
HAK SEBAGAI PENGGUNA.

  • pilihlah makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan.
  • Jauhi gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan.
  • Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan.
  • Melaporkan penjaja atau peniaga yang kotor kepada pejabat kesihatan atau majlis bandaran.

BILAKAH MANUSIA BERHENTI MEMBESAR?

Manusia yang berusia 15 hingga 25 tahun akan berhenti membesar apabila tulang-tulangnya berhenti membesar.
Tulang mengandungi tisu hidup yang terdiri daripada sel khusus yang merembeskan bahan yang kaya dengan garam dan keras seperti batu marmar.
Pembentukan tulang iaitu osifikasi merupakan proses kompleks yang biasanya bermula di rawan,
Tulang kanak-kanak biasanya terbentuk dari tengah-tengah rawan dan merebak serta menjadikannya tulang kecuali pada hujungnya.Dari sinilah tulang itu membesar secara memanjang.
Apabila tempoh membesar telah tamat,penghujung tulang akan mencantumkan syaf utama tulang tersebut.

PAP SMEAR UNTUK MENGELAKKAN KANSER RAHIM


Pemeriksaan perlu dilakukan setiap enam bulan sejak berusia 20 tahun atau sejak mula melakukan hubungan kelamin.Wanita yang mendapati ujian Pap Smear ini luarbiasa ,perlu menjalani ujian ulangan dan dilakukan biopsi dengan cara dilakukan pembedahankecil(cone biopsy atau menggunakan teropong colposcopeyang boleh dilakukan diklinik

TANGANI STRES SECARA EMOSI DAN FIZIKAL

TENANGKAN EMOSI
1.solat.
2.Zikir
3.Membaca buku-buku agama atan kitab
4.Berbual-bual dengan rakan atau jiran
5.Meriangkan atau menghiburkan hati 
6.Menangis atau meluahkan perasaan
7.Mendengar muzik
8.Mengelakkan perkara yg boleh menyebabkan marah.
9.Pelajari teknik untuk meredakan kemarahan atau stres


TENANGKAN FIZIKAL
1.Tarik nafas dalam-dalam
2.Bersenam.
3.Melakukan regangan otot
4.Mandi air panas
5.Makanan yang seimbang
6.Berurut
7.Menjadi lebih aktif setiap hari.


Ketenangan adalah kunci kepada pengendalian stres yang berkesan.Keduadua teknik emosi dan fizikal adalah penting untuk menangani stres dengan jaynanya..

AWAS! LARANGAN YANG PERLU DIHINDARI KETIKA BERTENGKAR.

1.Kadangkala bila ,segala kata-kata kurang manis akan terkeluar sehingga ada yg sanggup kata isteri bodoh,tak guna dan sebagainya.
2.Seeloknya jika terlalu marah,tarik nafas dan diam seketika.
3.Cuba jarakkan diri dengan isteri seperti naik ke bilik untuk mengelakkan pertengkaran berlarutan.
4.Jangan sesekali terus keluar drp rumah kerana ia akan memburukkan keadaan.
5.Ingat isteri adalah teman paling rapat anda.Apakah anda akan mengeluarkan kata yang kurang manis kepada rakan karib anda jika bertengkar.
6.Jangan hanya fikirkan utk menang sahaja dlm setiap pertengkaran.
7.INGAT!Anda dan pasangan anda adalah insan yang istimewa,pastinya anda berdua tidak akan sama dengan pasangan lain didunia ini.Jadi tanya pada diri sendiri..adakah ini berbaloi untuk menyakiti hati masing-masing.Anda tidak akan tahu sampai bila anda akan hidup bersama dengannya lagi.....

berbuka puasa dan khusyuk dari USTAZ KAZIM

Sesekali kita dengar ceramah dari ustaz le pulak..asyik pilih menu nak makan saja

IKAN KEMBONG AIR ASAM

1.ikan kembong direbus atau dibakar.
2.cili api,tomato,bawang besar dan cili merah dipotong halis-halus,kemudian masukkan kedalam mangkuk.
3.masukkan garam,belacan dan perahan air limau nipis.
4.masukkan air asam jawa kedalam mangkuk tersebut.

soto betawi

sesekali rasa soto betawi..sedap jugak nih..

Daging Salai Lemak Cili Padi

500gram daging lembu batang pisang
100gram cili padi
1 inci kunyit basah
3 batang serai(dititik)
1 biji mangga muda
1 liter santan kelapa
garam dan air secukupnya

Hilangkan Pahit Peria

selepas pena dipotong, lumur peria dengan minyak masak dan garam. Perap selama 10 minit. Kemudian dibasuh
dan boleh dimasak. Rasa pahit peria akan berkurangan.

Jus Alpukat(avocado)

3/4 biji buah avocado
2 sudu besar susu pekat
gula secukupnya
ketulan ais kiub
sedikit coklat cair

Cara-Cara:
1.kisar buah avocado dalam pengisar
2.tambahkan susu,gula dan ketulan ais
3.masukkan ke dalam gelas,hiaskan
   dengan sedikit coklat cair di atasnya

Dendeng Daging Balado

1kg daging(dipotong nipis)
150gram bawang merah (dikisar)
100gram bawang putih (dikisar)
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu ketumbar
1 biji telur ayam
2 lembar daun limau purut
garam secukup rasa,sedikit gula pasir dan
sedikit air..