1. Wanita bertanggung jawab sebagai mahkluk yang berupaya melahirkan zuriat keturunan.
2. Diampunkan dosa selepas bersalin.
Amanah daripada Allah S.W.T kepada wanita yang mengandung supaya menjaga kandunganya agar sentiasa sihat dan selamat.
Ia harus memahami akan hakikat kehidupan manusia agar menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan nikmat dan bersabar atas dugaan yang diberikan.
Oleh itu,wanita yang sedang mengandung disaran mengamalkan beberapa doa untuk mendapatkan kesejahteraan dan kesihatan diri serta anak yang dikandungnya...
Doa untuk pengampunan:
Maksudnya: Ya Allah,Engkaulah Tuhanku,tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Engkau,Engkau yang telah menciptakan aku,dan aku hamba-Mu dan aku berpegang dengan janji ketaatanku kepada Mu dengan sedaya upayaku,aku berlindung kepada Engkau daripada kejahatan yang aku kerjakan,aku mengakui atas kurnia-Mu terhadapku,aku mjengaku berdosa,maka ampunilah aku,sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau..
Doa memohon zuriat yang soleh:
Maksudnya: Wahai Tuhanku,kurniakanlah kepadakudari sisiMU zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima)doa permohonan.
AMALAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG:
Setiap ibu bapa mengharapkan untuk memiliki anak yang soleh.Justeru itu terdapat beberapa amalan
yang digalakkan seperti:
- Suami memperbanyakkan taubat kepada Allah S.W.T
- Memperbanyakkan membaca al-quran
- Digalakkan berpuasa sunat
- Mempergiatkan mengerjakan sembahyang berjamaah
- Menghindari daripada pergi ketempat yang tidak dibenarkan oleh syarak
- Rajin menghadiri majlis ilmu
- Dilarang memakan benda-benda haram
- Memperbanyakkan doa untuk keselamatanisteri yang sedang mengandung dan anak dalam kandungan.
- Suami hendaklah lebih menunjukkan rasa kasih sayang,banyak bersabar dan bertimbang rasa.
No comments:
Post a Comment