Tuesday, 15 May 2012

APA YANG PERLU KITA TAHU MENGENAI PROSES PERCERAIAN


Prosesnya boleh dipercepatkan atau dipermudahkan asalkan anda tahu akan prosedur yang perlu dijalani dan bersedia.
Oleh itu,sekiranya anda ingin membuat sebarang permohonan perceraian dimahkamah sila dapatkan khidmat nasihat dari segi perundangan.
Anda boleh membuat permohonan di Mahkamah Rendah Syariah ditempat tinggal anda.
Dapatkan borang bagi permohonan perceraian secara talak di pejabat pendaftaran Mahkamah berkenaan.Segala makluman perlulah diisi dengan lengkap dan tepat.
DOKUMEN2 YANG PERLU DISEDIAKAN:
  • Tiga salinan kad pengenalan(sekiranya alamat dalam kad pengenalan berbeza dari alamat tempat tinggal sekarang,sebagai contoh,alamat dalam kad pengenalan adalah di Banting,Selangor tetapi alamat tempat tinggal sekarang adalah di Petaling Jaya ,anda akan diberikan borang pengesahan permastautin oleh pihak pendaftaran.Borang tersbut perlulah diisi dan perlu mendapatkan pengesahan samaada daripada Penghulu,Ketua Kampung,Pengerusi JKKK,Nazir Masjid,Pengerusi JawatanKuasa Penduduk di kawasan tempat tinggal anda untuk mengesahkan bahawa anda adalah pemastautin di kawasan tersebut).
  • Salinan asal dan 3 salinan pendua Surat Nikah
  • 3 salinan Sijil Kelahiran anak-anak.
Pihak Pendaftaran Mahkamah akan memberikan borang Surat Akuan yang dikepilkan bersama borang permohonan perceraian.Surat Akuan ini perlulah diisi dan diakusumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam.Untuk tujuan pendaftaran permohonan anda beberapa bayaran akan dikenakan..


ITULAH SYARAT-SYARAT YANG MUNGKIN PERLU ANDA SEDIAKAN..

No comments:

Post a Comment