Tuesday, 15 May 2012

KAMBING MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:
1 kilo daging kambing/100 gram bawang merah/40 gram bawang putih/10gram halia/30 cili kering/60gram serai
1 liter santan/20 gram gula melaka/5 gram kayu manis/5 gram bunga lawang/5 gram bunga cengkih/5 gram bunga pegaga/50 gram pes tomato/30 gram sos tomato

CARA MEMBUATNYA:

  1. Kisar bawang merah,bawang putih,halia dan serai.
  2. Panaskan minyak masak dan masukkan kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pegaga dan terus dikisar.
  3. Tumis hinggs masak.
  4. Kemudian masukan cili,biar hingga masak
  5. Setelah itu masukkan pes tomato,kambing,sos tomato dan santan
  6. Tumis hingga sebati dan masak sehingga kuah pekat


APA YANG PERLU KITA TAHU MENGENAI PROSES PERCERAIAN


Prosesnya boleh dipercepatkan atau dipermudahkan asalkan anda tahu akan prosedur yang perlu dijalani dan bersedia.
Oleh itu,sekiranya anda ingin membuat sebarang permohonan perceraian dimahkamah sila dapatkan khidmat nasihat dari segi perundangan.
Anda boleh membuat permohonan di Mahkamah Rendah Syariah ditempat tinggal anda.
Dapatkan borang bagi permohonan perceraian secara talak di pejabat pendaftaran Mahkamah berkenaan.Segala makluman perlulah diisi dengan lengkap dan tepat.
DOKUMEN2 YANG PERLU DISEDIAKAN:
  • Tiga salinan kad pengenalan(sekiranya alamat dalam kad pengenalan berbeza dari alamat tempat tinggal sekarang,sebagai contoh,alamat dalam kad pengenalan adalah di Banting,Selangor tetapi alamat tempat tinggal sekarang adalah di Petaling Jaya ,anda akan diberikan borang pengesahan permastautin oleh pihak pendaftaran.Borang tersbut perlulah diisi dan perlu mendapatkan pengesahan samaada daripada Penghulu,Ketua Kampung,Pengerusi JKKK,Nazir Masjid,Pengerusi JawatanKuasa Penduduk di kawasan tempat tinggal anda untuk mengesahkan bahawa anda adalah pemastautin di kawasan tersebut).
  • Salinan asal dan 3 salinan pendua Surat Nikah
  • 3 salinan Sijil Kelahiran anak-anak.
Pihak Pendaftaran Mahkamah akan memberikan borang Surat Akuan yang dikepilkan bersama borang permohonan perceraian.Surat Akuan ini perlulah diisi dan diakusumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam.Untuk tujuan pendaftaran permohonan anda beberapa bayaran akan dikenakan..


ITULAH SYARAT-SYARAT YANG MUNGKIN PERLU ANDA SEDIAKAN..

PETANG JUMAAT

Bukan emas permata yang mencantikkan Anda,melainkan yang mempercantikan anda adalah akhlak
anda..dan kekayaan anda adalah etika Anda..

Wednesday, 2 May 2012

Buat renungan kellima anak-anaku..

WANITA..

Allah Subhanah wa Ta'ala berfirman,
Dan maksudnya..

Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang yang beriman,ketika ia berkata: Ya Tuhanku,bangunkanlah untukku sebuah rmah disisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim...(surah Ath-Tahrim:Ayat 11).


UNTUK WANITA YANG DITINDAS SUAMI:

apa yang berlalu biarlah berlau,
cita-cita adalah harapan...yang blum pasti..
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani...

KELEBIHAN WANITA MENGANDUNG

Antara kelebihan wanita mengandung ialah:
1. Wanita bertanggung jawab sebagai mahkluk yang berupaya melahirkan zuriat keturunan.
2.  Diampunkan dosa selepas bersalin.


Amanah daripada Allah S.W.T kepada wanita yang mengandung supaya menjaga kandunganya agar sentiasa sihat dan selamat.
Ia harus memahami akan hakikat kehidupan manusia agar menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan nikmat dan bersabar atas dugaan yang diberikan.
Oleh itu,wanita yang sedang mengandung disaran mengamalkan beberapa doa untuk mendapatkan kesejahteraan dan kesihatan diri serta anak yang dikandungnya...

Doa untuk pengampunan:

Maksudnya: Ya Allah,Engkaulah Tuhanku,tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Engkau,Engkau yang telah menciptakan aku,dan aku hamba-Mu dan aku berpegang dengan janji ketaatanku kepada Mu dengan sedaya upayaku,aku berlindung kepada Engkau daripada kejahatan yang aku kerjakan,aku mengakui atas kurnia-Mu terhadapku,aku mjengaku berdosa,maka ampunilah aku,sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau..

Doa memohon zuriat yang soleh:

Maksudnya:  Wahai Tuhanku,kurniakanlah kepadakudari sisiMU zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima)doa permohonan.


AMALAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG:

Setiap ibu bapa mengharapkan untuk memiliki anak yang soleh.Justeru itu terdapat beberapa amalan
yang digalakkan seperti:
  • Suami memperbanyakkan taubat kepada Allah S.W.T
  • Memperbanyakkan membaca al-quran
  • Digalakkan berpuasa sunat
  • Mempergiatkan mengerjakan sembahyang berjamaah
  • Menghindari daripada pergi ketempat yang tidak dibenarkan oleh syarak
  • Rajin menghadiri majlis ilmu
  • Dilarang memakan benda-benda haram
  • Memperbanyakkan doa untuk keselamatanisteri yang sedang mengandung dan anak dalam kandungan.
  • Suami hendaklah lebih menunjukkan rasa kasih sayang,banyak bersabar dan bertimbang rasa.

Hujan Di Klang Dan Sewaktu dengannya..

Sunday, 29 April 2012

30/04/2012.

dah lama tak menulis arini terasa gatallah pulak tangan nak menaip...kadang-kadang bila kita hidup bersorangan walaupun ramai orang disekeliling kita(maksudnya famili lah tu)tapi kita tetap merasa kesunyian....
mungkin benar juga kata orang bila kita sudah terlalu lama biasa berdikari dari kecil hingga mencapai usia emas ini walaupun ramai disekeliling,kita tetap merasa selesa hidup seorang tanpa gangguan,tanpa leteran,tanpa sesiapa yang cuba mengatur hidup kita..rasanya biarlah kita sendiri yang mengatur susun hidup kita...